awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penuntut kolej didakwa sebabkan kematian bayi

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/04/2017
09:02 MYT
Penuntut kolej didakwa sebabkan kematian bayi
Penuntut semester pertama Jurusan Pemprosesan Makanan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan. - Gambar Astro AWANI
Seorang penuntut kolej di Bukit Kayu Hitam hari ini dihadapkan ke mahkamah Majistret Jitra atas pertuduhan membunuh bayi lelaki di tandas kolej itu bulan lalu.
Tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh, Nur Izzati Adi, 20 tahun, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.
Nur Izzati didakwa atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang bayi dengan menekup bayi tersebut dalam satu insiden di tandas perempuan aras tiga, Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Kayu Hitam pada jam 5.20 petang, 30 Mac lalu.
Penuntut semester pertama Jurusan Pemprosesan Makanan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 7 Jun depan bagi sebutan semula kes bagi menunggu hasil laporan bedah siasat.
Topic Berkaitan
#bayi
#jurusan pemprosesan makanan
#Mahkamah Majistret
#mati
#nur izzati adi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan