awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penurunan had umur belia, pecah sentimen anak muda tidak boleh memimpin - Malaysia Berdaya

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
15/12/2023
14:21 MYT
Penurunan had umur belia, pecah sentimen anak muda tidak boleh memimpin - Malaysia Berdaya
Hasya berkata, dasar penurunan had umur belia memaksa belia untuk bersedia dan matang lebih cepat. - foto/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan penurunan had umur belia kepada 30 tahun bermula Januari 2026 bantu memecahkan sentimen yang menganggap anak muda tidak boleh memimpin.
Pengasas Malaysia Berdaya, Hasya Hashim berkata, secara tidak langsung dasar itu juga memaksa belia untuk bersedia dan matang lebih cepat.
“Anak muda sinonim dengan sentimen segelintir masyarakat yang berpendapat, usia adalah penghalang kepada seseorang belia untuk menjadi ketua.
“Kumpulan ini terperangkap dalam pemikiran bahawa orang yang berusia lebih berpengalaman dan matang untuk memimpin.
“Maka, penurunan had umur belia ini sebenarnya secara tidak langsung memaksa anak muda kita untuk jadi matang lebih cepat,” katanya.
Dialog Anak Muda
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Anak Muda terbitan Astro AWANI pada Jumaat.
Justeru, menurut Hasya, silibus pendidikan pembangunan karakter yang kini diterapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi murid sekolah sehingga Tingkatan Lima, adalah sangat signifikan.
Ini bagi membantu belia mempersiapkan diri untuk berdepan dengan rencam dan realiti kehidupan masyarakat.
“Apabila mereka sudah capai tahap matang dari segi pembentukan minda dan karakter di sekolah, mereka akan dapat menembusi masyarakat dengan karakter kepimpinan itu,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#had umur belia
#Dialog Anak Muda
#pemimpin
#anak muda
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan