awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelia tapak maut kereta dihempap kren

Bernama
Bernama
30/01/2021
14:48 MYT
Penyelia tapak maut kereta dihempap kren
Seorang penyelia tapak maut selepas keretanya dihempap sebuah kren yang dipercayai mengalami masalah brek di tapak projek ECRL di Kampung Belimbing, Maran. - Foto bomba/BERNAMA
KUANTAN:Seorang penyelia tapak maut selepas keretanya dihempap sebuah kren yang dipercayai mengalami masalah brek di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kampung Belimbing, Maran kira-kira 60 kilometer dari sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata insiden pada 8.45 pagi itu menyebabkan mangsa Mohd Thaariq Asyraf Misbah, 29, dari Masai, Johor, maut di tempat kejadian selepas tersepit di dalam kereta Toyota Corolla yang dipandunya.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kren itu mengelongsor ke belakang akibat brek tidak berfungsi semasa pemandunya yang berusia 48 tahun cuba mengundurkan jentera tersebut di kawasan yang agak bercerun.
"Kren itu kemudian melanggar kereta mangsa menyebabkan kenderaan itu terseret ke dalam longkang, diikuti kren yang kemudian menghempap kereta tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.
Kamarulzaman berkata kejadian berlaku ketika mangsa yang juga bekerja di situ dikatakan sedang meletak kenderaan tersebut yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat pembinaan.
Pemandu kren yang berasal dari Gelang Patah, Johor dilaporkan tidak cedera.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jengka, Maran untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyelia tapak maut
#dihempap kren
#Laluan Rel Pantai Timur
#ECRL
#Kampung Belimbing
#Maran
#Mohd Thaariq Asyraf Misbah
#Toyota Corolla
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan