awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak harap peruntukan RM3 billion dimasukkan dalam Belanjawan 2023

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
08/02/2023
08:45 MYT
Perak harap peruntukan RM3 billion dimasukkan dalam Belanjawan 2023
Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, permohonan itu dibuat bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat selain telah dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar Astro AWANI
IPOH: Perak berharap Kerajaan Persekutuan akan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion kepada negeri itu dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, permohonan itu dibuat bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat selain telah dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, peruntukan RM3 billion itu diperlukan antaranya bagi menaik taraf keadaan jalan-jalan yang rosak termasuk di laluan Jalan Raya Timur-Barat yang menghubungkan Gerik ke Jeli serta menyelesaikan masalah kekurangan katil di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
“Alhamdulillah, esok Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan akan hadir memberi taklimat kepada semua Exco dan wakil rakyat termasuk daripada pembangkang serta semua terlibat akan memberi pandangan balas kepada Kementerian Kewangan.
“Diharap Belanjawan 2023 itu belum dibukukan lagi (dimuktamadkan) supaya apa sahaja pandangan dan permintaan kita esok dapat dimasukkan dalam buku Belanjawan itu kelak,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Pelancaran Bantuan Sara Diri Mahasiswa dan Bantuan Kecemasan Mahasiswa serta Penyerahan Sumbangan Bantuan Makanan Pelajar, di sini, pada Rabu.
Dalam pada itu, Saarani berkata, kerajaan negeri berharap agar pertemuan dengan Kementerian Kewangan pada Khamis akan memberi gambaran jelas mengapa kerajaan negeri memerlukan peruntukan tambahan berkenaan untuk diluluskan.
“Pada waktu pertemuan dengan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan sebelum ini kita faham bahawa Kementerian Kewangan sedang dalam proses untuk memperhalusi cadangan-cadangan Belanjawan 2023.
"Justeru, apa jua pandangan dan pendapat dalam taklimat esok, termasuk permohonan kita sebelum ini dapat diselitkan dalam buku Belanjawan 2023. Jika tidak dapat pada muka surat pertama, dapat dimasukkan pada muka surat akhir pun tidak mengapa," kata beliau lagi.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2023
#Perak
#peruntukan RM3 billion
#Menteri Besar Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan