awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peralihan monsun: Komuniti maritim Sabah dinasihatkan berwaspada

Bernama
Bernama
07/10/2022
03:59 MYT
Peralihan monsun: Komuniti maritim Sabah dinasihatkan berwaspada
Fasa peralihan monsun menyebabkan kejadian hujan serta ribut petir yang lebih kerap terutamanya di kawasan timur Sabah. - Gambar hiasan/Unsplash
KOTA KINABALU: Komuniti maritim khususnya di Sabah dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada berikutan negara sedang dalam fasa peralihan monsun, kata Pengarah Maritim Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, negara kini berada dalam fasa tersebut bermula 3 Oktober lepas hingga November menyebabkan kejadian hujan serta ribut petir yang lebih kerap terutamanya di kawasan timur Sabah.
Beliau berkata ini disusuli dengan Monsun Timur Laut yang akan bermula pada November ini dan dijangka berakhir pada Mac tahun depan menyebabkan air pasang besar serta laut bergelora.
"Kawasan timur Sabah merupakan antara kawasan yang dijangka bakal terkesan dengan keadaan tersebut. Berdasarkan ramalan kaji cuaca mendapati seluruh bahagian di Sabah dijangka menerima taburan hujan pada paras purata.
"Ini kecuali di Kudat dan Sandakan, taburan hujan akan sedikit melebihi paras purata pada November dan Disember ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#komuniti maritim
#Sabah
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan