awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perarakan harmoni, rai kepelbagaian di Malaysia dianjur bulan depan - Aaron

Bernama
Bernama
15/01/2025
15:58 MYT
Perarakan harmoni, rai kepelbagaian di Malaysia dianjur bulan depan - Aaron
Aaron berkata program itu bakal diadakan pada sebelah malam di Dataran Merdeka bersempena Hari Wilayah Persekutuan dan Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Perarakan Harmoni pada 15 dan 16 Feb ini bagi meraikan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat di negara ini, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.
Beliau berkata program itu bakal diadakan pada sebelah malam di Dataran Merdeka bersempena Hari Wilayah Persekutuan dan Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia.
"Saya berharap program ini akan memberi impak yang menyeluruh dan ketara kepada (masyarakat) kita dan kita akan melibatkan pelbagai agensi serta (penganut) pelbagai agama dalam perarakan ini," katanya selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini pada malam Rabu.
Aaron berkata perincian lanjut berhubung perarakan itu akan dimaklumkan kemudian, dan menambah program itu adalah inisiatif di bawah Ikhtiar Kedua yang akan menjadi asas hala tuju kementerian tersebut tahun ini, iaitu Inisiatif Harmoni MADANI.
Selain itu, antara ikhtiar utama Kementerian Perpaduan Negara adalah Ekosistem Perpaduan, Inisiatif Harmoni MADANI, Eksplorasi Rukun Negara dan Komuniti Sosio-Budaya.
Sementara itu, mengulas mengenai kebakaran tengah hari tadi yang memusnahkan Rumah Panjang Paulus Yan, Sungai Buan, Kanowit, Aaron yang juga Ahli Parlimen Kanowit berkata beliau akan turun padang esok bagi melawat dan membantu penghuni rumah panjang tersebut.
Beliau yang turut bersimpati atas insiden melibatkan sekurang-kurangnya 88 penghuni rumah panjang itu, berkata pihaknya akan menyalurkan bantuan sewajarnya melalui Yayasan Sukarelawan Siswa dan Pejabat Ahli Parlimen Kanowit kepada penduduk terjejas.
Terdahulu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Zon Sibu Andy Alie berkata kesemua penghuni rumah panjang 15 pintu di Jalan Nibong Tada itu berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan dan memaklumkan punca serta jumlah kerugian sedang disiasat.
Beliau berkata Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada 12.14 tengah hari.
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dan pasukan bantuan BBP Sungai Merah yang digerakkan ke lokasi berjaya mengawal kebakaran pada 2 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada 4.50 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#operasi tamat
#ikhtiar utama
#Dataran Merdeka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan