awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Percubaan sistem PADU pada November, diguna Januari 2024 - Rafizi

Bernama
Bernama
09/09/2023
15:42 MYT
Percubaan sistem PADU pada November, diguna Januari 2024 - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata setakat ini, proses pembangunan sistem PADU yang menggabungkan maklumat sosioekonomi bagi setiap isi rumah rakyat Malaysia berjalan lancar mengikut garis masa dirancang. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka melalui tempoh percubaan mulai November ini sebelum dibuka kepada orang ramai pada Januari 2024 untuk kegunaan pengesahan maklumat peribadi.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata setakat ini, proses pembangunan sistem PADU yang menggabungkan maklumat sosioekonomi bagi setiap isi rumah rakyat Malaysia berjalan lancar mengikut garis masa dirancang.
"Garis masa PADU dari segi kerangka, use case, interface dan functionality dijangka siap menjelang Oktober ini sebelum diuji pada November hingga Disember dengan data sekumpulan rakyat Malaysia didaftarkan dahulu.
"Insya-Allah kalau semua berjalan baik, maka PADU akan siap untuk memegang (mengumpul) keseluruhan data rakyat Malaysia pada Januari 2024," katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Buletin Bernama terbitan Bernama TV di sini hari ini.
Pada 15 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju menubuhkan PADU untuk menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah di negara ini bagi memperkemas pelaksanaan subsidi bersasar.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata keselamatan data sistem PADU yang sedang dibangunkan akan merangkumi 270 pangkalan data daripada kementerian dan agensi kerajaan persekutuan serta kerajaan negeri dan badan berkanun melalui perjanjian perkongsian data sedia ada.
Beliau berkata apabila Akta Omnibus diluluskan di Parlimen nanti, ia akan mengambil alih tata kelola perkongsian data sistem berkenaan, dan menggantikan perjanjian itu.
Beliau berkata Akta Omnibus yang akan dibentangkan di Parlimen pada Jun tahun hadapan antara lain bertujuan memastikan keselamatan perkongsian data serta memudahkan proses perkongsian data dan menjamin PADU sebagai pangkalan data berterusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sistem PADU
#Pangkalan Data Utama
#Rafizi Ramli
#November
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan