awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan monorel ditangguh sementara

Bernama
Bernama
30/03/2015
04:53 MYT
Perkhidmatan monorel ditangguh sementara
Penggantungan sementara perkhidmatan turut berpunca daripada insiden kedua apabila sebuah tren dua gerabak terdampar antara stesen Imbi dan Bukit Bintang ekoran masalah teknikal.
Sebuah tayar getah monorel dua gerabak terbakar di stesen Titiwangsa pagi ini menyebabkan perkhidmatan monorel di bandar raya ini digantung sementara mulai pukul 8.50 pagi.
Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Monorail Line, Abdul Hadi Amran berkata tiada sebarang penumpang di dalam tren itu semasa kejadian.
"Kebakaran dipadamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya dalam satu kenyataan.
Kebakaran itu menyebabkan asap tebal menyelubungi stesen bertingkat berkenaan.
Penggantungan sementara perkhidmatan turut berpunca daripada insiden kedua apabila sebuah tren empat gerabak terdampar antara stesen Imbi dan Bukit Bintang ekoran masalah teknikal.
Tren penyelamat telah dihantar ke tempat kejadian dan menolak tren yang tersangkut itu ke stesen Imbi sebelum penumpang turun.
"Rapid Rail sedang melakukan siasatan dalaman atas kedua-dua insiden tersebut dan memohon maaf dengan kerumitan yang ditimbulkan," kata Abdul Hadi.
Topic Berkaitan
#bomba
#gerabak
#monorel
#penumpang
#stesen titiwangsa
#tayar getah
#terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan