awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan tren keretapi antara bandar dihentikan selama seminggu berikutan tanah runtuh - KTMB

Bernama
Bernama
31/12/2016
10:21 MYT
Perkhidmatan tren keretapi antara bandar dihentikan selama seminggu berikutan tanah runtuh - KTMB
Perkhidmatan kereta api antara bandar KTMB yang menghubungkan Tumpat dan Kuala Lipis dihentikan selama seminggu berikutan kejadian tanah runtuh. - Gambar fail
Perkhidmatan kereta api antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menghubungkan Tumpat dan Kuala Lipis dihentikan selama seminggu berikutan kejadian tanah runtuh di sembilan lokasi antara Stesen Kuala Krai dan Stesen Bukit Abu.
Pengurus Wilayah Timur KTMB Zaid Ibrahim berkata perkhidmatan itu terpaksa dihentikan bagi kerja-kerja baik pulih di kawasan yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh berkenaan.
"Bagaimanapun, perkhidmatan tren ekspres masih berjalan seperti biasa dengan penumpang dari Stesen Kuala Krai, Tanah Merah, Tumpat dan Pasir Mas akan dibawa menggunakan bas ke Stesen Gua Musang sebelum meneruskan perjalanan menggunakan tren ekspres ke bahagian selatan tanah air," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan sebuah kereta api antara bandar dari Tumpat ke Kuala Lipis tergelincir pagi tadi, Zaid berkata kejadian tersebut berlaku dekat Stesen Kuala Gris, Dabong.
"Tren tersebut bertolak dari Stesen Tumpat pada pukul 4.30 pagi tadi menghala ke Kuala Lipis. Apabila tiba di sebuah terowong, pemandu tren mendapati berlaku tanah runtuh dan bertindak mengundurkan tren.
"Bagaimanapun, ketika sedang mengundurkan tren tersebut, tiba-tiba tanah runtuh berlaku dan menghempap tren tersebut sehingga menyebabkan ia tergelincir dari landasan," katanya.
Beliau berkata bagaimanapun, kesemua 33 penumpang dan empat kru tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kesemua penumpang dan empat kru berkenaan kemudiannya berjalan kaki sejauh dua kilometer menuju ke Stesen Kuala Gris sebelum dipindahkan dengan bas ke Stesen Dabong.
"Penumpang kemudiannya meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis dengan sebuah lagi tren yang menunggu di Stesen Dabong untuk ke destinasi masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KTMB
#Kuala Lipis
#Stesen Bukit Abu
#Stesen Dabong
#Stesen Kuala Krai
#Tumpat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan