awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis mulakan vaksinasi kepada pelajar umur 16, 17 tahun esok

Salim Aziz
Salim Aziz
19/09/2021
03:32 MYT
Perlis mulakan vaksinasi kepada pelajar umur 16, 17 tahun esok
Kerajaan negeri Perlis meletakkan sasaran sekurang-kurangnya dos pertama vaksin diberikan kepada pelajar terlibat sebelum pembukaan semula sekolah pada 4 Oktober ini. - Gambar hiasan
KANGAR: Kerajaan Perlis akan memulakan Program Vaksinasi COVID-19 kepada pelajar-pelajar berusia 16 dan 17 tahun di negeri itu esok.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof berkata, ketika ini Jabatan Kesihatan Negeri sedang melakukan penyelarasan dengan Jabatan Pendidikan Negeri, berhubung pemberian vaksin berkenaan.
Menurut beliau, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pendidikan Negeri akan mengenal pasti lokasi mana yang sesuai untuk diberikan vaksinasi sama ada di sekolah atau Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
“Saya difahamkan setakat ini perancangannya (pemberian vaksin) ke PPV (dan) para pelajar boleh dibawa (oleh) ibu bapa ke PPV bagi tujuan suntikan,” kata Azman.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan persediaan beberapa lokasi pelancongan Perlis di sini pada Ahad.
Kerajaan negeri juga, kata Azman, meletakkan sasaran sekurang-kurangnya dos pertama vaksin diberikan kepada pelajar terlibat sebelum pembukaan semula sekolah pada 4 Oktober ini.
Topic Berkaitan
#program vaksinasi
#vaksin COVID-19
#Perlis
#vaksinasi kepada pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan