awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
SINAR perkenal gandingan baharu Suraya & Putra dalam Berdua Malam Sinar
AirAsia X tiada hasrat kurangkan pekerja, cuti tanpa gaji walaupun berdepan tekanan industri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permaisuri Johor berangkat ke Kuala Lumpur

Luqman Hariz
Luqman Hariz
29/01/2024
06:41 MYT
Permaisuri Johor berangkat ke Kuala Lumpur
Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berangkat ke Kuala Lumpur secara rasmi hari ini. Baginda diiringi Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim. -Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
SENAI: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berangkat ke Kuala Lumpur secara rasmi hari ini.
Baginda diiringi oleh Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.
Terdahulu, keberangkatan tiba baginda di Hangar Diraja Johor, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai disambut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Baginda turut diiringi Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Azmi Rohani, Ketua Polis Johor, CP M Kumar, serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Johor.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan berangkat ke Istana Negara bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-17, pada Rabu depan.
Ia selepas Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Yang Ke-263 (Khas) bersetuju mengisytiharkan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu pada 27 Oktober lalu.
Topic Berkaitan
#Sultan Johor
#Sultan Ibrahim
#Raja Permaisuri Agong
#Raja Zarith Sofiah
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan