awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permit pengendali syarikat bas ekspres Etika digantung SPAD

Linawati Adnan
Linawati Adnan
23/04/2014
12:24 MYT
Permit pengendali syarikat bas ekspres Etika digantung SPAD
Permit pengendali syarikat bas ekspres Etika yang terlibat dalam kemalangan pada 19 April sehingga mengakibatkan enam penumpang cedera parah telah digantung oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Penggantungan yang berkuatkuasa pada 25 April melibatkan enam permit bas ekspres yang beroperasi di laluan Kuala Lumpur–Kuantan, akibat daripada pengendali yang tidak melantik pegawai keselamatan dan gagal memantau kelajuan kenderaan yang terbabit melalui Sistem Kedudukan Sejagat (GPS).
Dalam satu kenyataan media, SPAD berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan pasti mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengendali pengangkutan awam darat sekiranya mereka melanggar syarat-syarat yang termaktub dalam pekeliling SPAD ICOP – Keselamatan serta Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
SPAD juga akan menjalankan siasatan terperinci ke atas syarikat bas dan lori yang terlibat dalam kemalangan pada 22 Mac lepas di KM107, arah utara dari Bertam menghala ke Sungai Petani Selatan, yang telah mengakibatkan empat mangsa cedera parah dan tujuh mangsa cedera ringan.
Bas terlibat dipercayai mengalami masalah brek dan dipandu dengan laju, gagal mengawal kenderaan lalu melanggar belakang lori.
Sebagai tindakan segera, SPAD akan meneliti secara terperinci segala aspek pengurusan keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan syarikat tersebut.
Topic Berkaitan
#bas
#kemalangan
#Lori
#SPAD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan