awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Road to Gold akan bermesyuarat Mei ini - Menteri
NADMA komited laksana pembenihan awan pastikan paras empangan selamat
Zii Jia kini pulih sepenuhnya - Daren 
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan tajaan Dermasiswa Khas Pengajian Tinggi Selangor dibuka - JAIS

Astro AWANI
Astro AWANI
08/04/2026
02:40 MYT
Permohonan tajaan Dermasiswa Khas Pengajian Tinggi Selangor dibuka - JAIS
Tarikh permohonan adalah dari 4 April hingga 22 Mei bagi pengambilan pertama dan 3 Ogos hingga 5 Okt bagi pengambilan kedua, melalui laman sesawang https://epengajiantinggi.jais.gov.my/.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Bahagian Pendidikan Islam mempelawa pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Selangor (UIS) memohon Tajaan Pendidikan Dermasiswa Khas Pengajian Tinggi Selangor.
JAIS dalam hantaran di media sosial memaklumkan, tajaan berkenaan merangkumi bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Multimedia + Diploma Pendidikan Pasca Siswazah; Ijazah Sarjana Muda Bahasa Al-Quran + Diploma Pendidikan Pasca Siswazah; dan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang Undang.
Permohonan terbuka kepada calon STAM yang memperoleh pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik), dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu, lulus Bahasa Inggeris dan sekurang-kurangnya gred B dalam Bahasa Arab.
“Semua pelajar yang ditaja akan mendapat manfaat Kursus Intensif Bahasa Arab anjuran Islamic Educational Science and Cultural Organization (ICESCO) di luar negara selama tiga bulan,” menurut hantaran itu.
Tarikh permohonan adalah dari 4 April hingga 22 Mei bagi pengambilan pertama dan 3 Ogos hingga 5 Okt bagi pengambilan kedua, melalui laman sesawang https://epengajiantinggi.jais.gov.my/.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#STAM
#JAIS
#Tajaan
#pendidikan
#pengajian tinggi
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan