awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perniagaan sedang 'tenat', berhentilah berpolitik seketika - Azharee Wahid

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
20/10/2020
03:23 MYT
Perniagaan sedang 'tenat', berhentilah berpolitik seketika - Azharee Wahid
Peniaga kecil dan Sederhana (PKS) terkesan dengan COVID-19. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:"Jika krisis COVID-19 yang besar ini tidak boleh menyatupadukan kita, apa lagi yang diperlukan untuk semua pihak berbuat demikian?"
Itu luahan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro (AUM), Azharee Wahid yang menyeru semua pengamal politik tidak kira parti untuk bersatu dan melihat kepada permasalahan dihadapi peniaga kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
“Saya mohon merayu kepada semua ahli politik yang bijaksana di luar sana, kalau boleh duduklah bersama. Pandang semula asas dalam politik dan balik kepada ‘political, economy and social responsibility’.
“Kita faham tanggungjawab pengamal politik dan rakyat memerlukan pimpinan yang baik untuk hala tuju PKS dan negara menjadi lebih baik,” katanya kepada Astro AWANI dalam program Awani Pagi, pada Selasa.
Beliau mengulas mengenai polemik politik tanah air negara sejak kebelakangan ini yang dilihat lebih banyak dibincangkan berbanding keperluan rakyat dan PKS.
Azharee menyarankan ahli politik agar bersatu padu tidak mengira parti ketika krisis pandemik kerana negara memerlukan pemimpin yang boleh bergerak ke hadapan dalam perang melawan COVID-19.
“Tidak kisah anda datang daripada parti politik mana, sebab rakyat perlukan anda untuk memacu tentang bagaimana negara boleh ke hadapan untuk berperang dengan COVID-19," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#PKS
#usahawan
#peniaga
#COVID-19
#pandemik
#Azharee Wahid
#Akademi Usahawan Mikro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan