awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perosak aset bekalan air wajar dikenakan denda setimpal - Julaihi

Bernama
Bernama
28/10/2024
14:45 MYT
Perosak aset bekalan air wajar dikenakan denda setimpal - Julaihi
Julaihi berkata aset air termasuk paip agihan utama dan kemudahan kawasan tadahan perlu sentiasa dalam keadaan baik bagi memastikan bekalan air terawat dan bersih tidak terjejas. - Gambar Bernama
KUCHING: Ordinan Air Sarawak perlu disemak semula bagi memasukkan peruntukan denda yang setimpal terhadap mana-mana pihak yang menyebabkan kerosakan aset bekalan air di negeri itu.
Menteri Utiliti dan Teknologi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi berkata aset air termasuk paip agihan utama dan kemudahan kawasan tadahan perlu sentiasa dalam keadaan baik bagi memastikan bekalan air terawat dan bersih tidak terjejas.
"Jangan (ada paip) rosak, pecah dan bocor disebab kecuaian dan tidak teliti, tidak peka, tidak cermat pihak lain yang menjalan kerja berhampiran aset air atau di jajaran paip agihan utama atau disebabkan oleh aktiviti vandalisme. Denda yang setimpal wajar dipertimbangkan pada masa akan datang," katanya.
Dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, Julaihi berkata penggabungan agensi bekalan air di Sarawak terdiri daripada LAKU Management Sdn Bhd, Lembaga Air Kuching (KWB) dan Lembaga Air Sibu (SWB) sedang dilakukan.
"Untuk meningkatkan tahap pengurusan termasuk keberkesanan membekal air terawat dan bersih, penggabungan LAKU, KWB dan SWB di bawah satu entiti baharu dengan nama baharu sedang dilakukan dan akan menjadi realiti sedikit masa lagi," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sebanyak 38 lagi kawasan tadahan air di Sarawak sudah dikenal pasti untuk diwartakan selain daripada 28 kawasan tadahan sedia ada di negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#Facebook
#entiti baharu
#kawasan tadahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan