awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persiapan haji berjalan lancar, banyak penambahbaikan dilaksana - Zulkifli

Bernama
Bernama
29/03/2026
12:07 MYT
Persiapan haji berjalan lancar, banyak penambahbaikan dilaksana - Zulkifli
Zulkifli berkata pelbagai penambahbaikan telah dilaksana melibatkan aspek infrastruktur, logistik dan penginapan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Persiapan bagi menghadapi musim haji tahun ini berjalan lancar dan mengikut perancangan yang ditetapkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau memaklumkan telah selamat tiba di Arab Saudi bersama-sama pasukannya bagi menguruskan jadual kerja yang padat termasuk menghadiri Forum Umrah dan Ziarah di Madinah serta memantau persiapan haji.

Zulkifli berkata lawatan itu turut dimanfaat untuk meninjau sendiri kemudahan dan penempatan bakal jemaah di Makkah termasuk fasiliti untuk petugas Tabung Haji.

Beliau berkata pelbagai penambahbaikan telah dilaksana melibatkan aspek infrastruktur, logistik dan penginapan sekali gus memastikan kemudahan yang lebih selesa serta tersusun kepada jemaah.

Zulkifli berkata usaha berkenaan bukan sekadar tugasan sebaliknya satu bentuk khidmat kepada para jemaah.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Zulkifli Hasan
#Haji
#persiapan
#jemaah
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan