awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persiapan perkahwinan terjejas

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
31/03/2013
05:38 MYT
Persiapan perkahwinan terjejas
Kesan pencerobohan pengganas Sulu yang berlaku baru-baru ini, salah seorang penduduk Kampung Tajung Labian, Mohd Dali Engah terkilan melihat persiapan perkahwinan anak buah tersayang musnah.
Itu antara luahan hati penduduk kampong tersebut apabila diberi peluang meninjau kediaman selepas hampir sebulan Ops Daulat.
Ujarnya, tarikh perkahwinan yang sama dengan permulaan pencerobohan menyebabkan majlis dibatalkan.
Jelas Mohd Dali, anak buahnya kemudian dikahwinkan dalam satu majlis kecil di penempatan sementara.
Mohd Dali ditemui pemberita semasa tinjauan wakil penduduk Kampung Tanjung Labian.
Dia tinggal di situ sejak 40 tahun lepas dan menjaga anak buahnya sejak kecil.
Kampung itu merupakan salah satu kawasan merah dalam Ops Daulat.
Dalam pada itu, keadaan hantaran perkahwinan dan bilik pengantin anak buahnya rosak akibat serangan penceroboh.
Mohd Dali bagaimanapun berkata, dia pasrah dengan apa berlaku dan bersyukur perkahwinan anak buahnya tetap berjalan lancar walau tanpa majlis meriah.
Topic Berkaitan
#Filipina
#Lahad Datu
#Ops Daulat
#Sabah
#Sulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan