awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Peruntukan pembangkang belum ditentukan kerana Hamzah belum bincang' - Fadillah

Bernama
Bernama
29/11/2023
10:14 MYT
'Peruntukan pembangkang belum ditentukan kerana Hamzah belum bincang' - Fadillah
Fadillah berkata Perdana Menteri masih berharap Hamzah akan mengadakan perbincangan berhubung soal peruntukan itu terlebih dahulu, sebelum sebarang keputusan dapat diambil. - Gambar fail
KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang belum dapat ditentukan, kerana Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin belum lagi berbincang dengannya.
Fadillah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berharap Hamzah akan mengadakan perbincangan berhubung soal peruntukan itu terlebih dahulu, sebelum sebarang keputusan dapat diambil.
"Berbincang bagaimana kita nak menjalinkan kerjasama dalam mentadbir, menguruskan hal ehwal negara, pentadbiran kerajaan dan juga Parlimen, supaya kita dapat memastikan fokus kita ialah mengurus tadbir kerajaan ini dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan makan tengah hari dan penyampaian anugerah sempena Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) 2023 di sini, hari ini.
Fadillah berkata setakat ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sahaja yang berjumpa dengan beliau, namun Ahli Parlimen Muar bukan sebagai wakil pembangkang.
"Dia datang sebagai Bebas, bukan mewakili pembangkang. (Ahli pembangkang) yang lain setakat ini tidak ada yang berjumpa dengan saya. Biarlah kita (antara kerajaan dan pembangkang), berbincang dulu perihal bagaimana kita nak jalin kerjasama," katanya.
Anwar dilaporkan berkata beliau tidak pernah menghalang atau meletakkan syarat ketat dalam soal pemberian peruntukan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang.
Beliau berkata Ahli Parlimen pembangkang perlu melakukan rundingan bersama Fadillah terlebih dahulu, berhubung peruntukan pembangunan kawasan seperti kelaziman yang diamalkan dalam sistem demokrasi serta menghormati peraturan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#peruntukan ahli parlimen pembangkang
#Hamzah Zainudin
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan