awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pesanan terakhir ayah, bersatu hadapi apa jua rintangan' - Anak Lajim Ukin

Assim Hassan
Assim Hassan
29/08/2021
08:30 MYT
'Pesanan terakhir ayah, bersatu hadapi apa jua rintangan' - Anak Lajim Ukin
Sedih dengan pemergian ayah tersayang, Mohd Azman berkata mereka sekeluarga reda dengan takdir Allah SWT itu.
KUALA LUMPUR: "Apa juga yang berlaku selepas ini, semua anggota keluarga perlu bersatu menghadapi rintangan mendatang. Allahyarham Abah berpesan juga kami perlu menghadapinya bersama,".
Demikian luahan anak sulung kepada Datuk Seri Lajim Ukin, Mohd Azman ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Sedih dengan pemergian ayah tersayang, Mohd Azman berkata mereka sekeluarga reda dengan takdir Allah SWT itu.
Menceritakan lebih lanjut, Mohd Azman berkata, Allahyarham dimasukkan ke hospital pada 13 Ogos lalu selepas mengadu tidak sihat dan demam.
BACA: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Lajim Ukin meninggal dunia akibat COVID-19
BACA: Lajim Ukin kini ditidurkan akibat jangkitan COVID-19 - Sumber
BACA: Lajim Ukin selamat dikebumikan
"Selang beberapa hari, keadaanya merosot serta doktor menasihati kepada ibu saya dan ahli keluarga untuk menidurkan Allahyarham.
"Sebelum ditidurkan Allahyarham ada mengirimkan rakaman suara mohon ahli keluarga memanjatkan doa dan diberikan kesembuhan seperti sedia kala," katanya yang merupakan anak sulung daripada tujuh beradik.
BACA: PM zahir takziah atas pemergian Lajim, satu kehilangan buat negara
BACA: Lajim pemimpin berdedikasi sepanjang karier politik, sering kongsi nasihat - Hajiji
Mohd Azman juga memberitahu, selain rakaman suara, seluruh ahli keluarga juga sempat melihat keadaan Allahyarham secara panggilan video sebelum ditidurkan.
Selain itu, Mohd Azman turut merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Sabah dan Malaysia yang mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan Allahyarham.
Topic Berkaitan
#Mohd Azman Lajim
#Lajim Ukin meninggal dunia
#Beaufort
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan