awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat bawa 55 penumpang terhempas di pesisir pantai Somalia

Astro AWANI
Astro AWANI
11/02/2026
07:08 MYT
Pesawat bawa 55 penumpang terhempas di pesisir pantai Somalia
Pesawat penumpang Fokker 50 milik Starsky Aviation dalam penerbangan menuju ke Gaalkacyo itu melaporkan masalah teknikal kira-kira 15 minit selepas berlepas. -Foto AP
Sebuah pesawat membawa 55 orang terhempas di perairan cetek berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Adde (Aden Abdulle), Mogadishu, pada Selasa.
Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.
Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Somalia (CAA), pesawat penumpang Fokker 50 milik Starsky Aviation dalam penerbangan menuju ke Gaalkacyo itu melaporkan masalah teknikal kira-kira 15 minit selepas berlepas sebelum juruterbang meminta untuk kembali ke lapangan terbang.
Pesawat bagaimanapun gagal berhenti selepas mendarat, lalu terbabas melepasi landasan sebelum memasuki kawasan pesisir dan berhenti di air cetek berhampiran pantai.
Gambar di lokasi menunjukkan penumpang dan kru berjalan keluar dari bangkai pesawat yang mengalami kerosakan ketara pada bahagian sayap dan fiuslaj.
Semua mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Eksekutif Starsky Aviation, Ahmed Nur, berkata pesawat itu “terlepas landasan” sebelum juruterbang berjaya mengurangkan impak dan mengawal pendaratan ke arah pantai.
Beliau mengesahkan semua penumpang dan kru selamat tanpa kecederaan.
Jurucakap syarikat, Hassan Mohamed Aden, memuji sifat tenang juruterbang yang berjaya menyelamatkan nyawa semua penumpang.
Misi Kesatuan Afrika di Somalia turut mengesahkan pasukan respons kecemasan, termasuk UNSOS dan AUSSOM, digerakkan serta-merta bagi membantu operasi menyelamat.
CAA menyatakan pesawat berdaftar 6O‑YAS itu sedang disiasat bagi mengenal pasti punca sebenar kegagalan teknikal yang berlaku.
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Fokker 50
#Starsky Aviation
#juruterbang dipuji
#pesawat penumpang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan