awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesonaliti Zarina Anjoulie mengaku tidak bersalah

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
13/09/2021
08:29 MYT
Pesonaliti Zarina Anjoulie mengaku tidak bersalah
Zarina Anjoulie atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul (tiga dari kiri) hadir ke Mahkamah Majistret Seremban pada Isnin. - Gambar Instagram Zarina Anjoulie
SEREMBAN: Personaliti sensasi tanah air, Zarina Anjoulie atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methamphetamine, Jun lalu.
Tertuduh yang berusia 34 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mahyun Yusof.
Mengikut pertuduhan, selebriti yang mempunyai pengaruh di media sosial Instagram itu didakwa menggunakan dadah jenis methamphetamine di sebuah rumah di Kampung Chalet di Nilai pada 29 Jun lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM 2,000 dan menetapkan 24 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Zarina diwakili peguam Fadhli Sutris dan Ahmad Faiz Munawar.
Media sebelum ini melaporkan, pelakon berkenaan ditahan oleh sepasukan polis kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata, wanita itu didapati positif dadah jenis methamphetamine dan dicekup sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan ke rumah berkenaan.
Topic Berkaitan
#Zarina Anjoulie
#Seksyen 15 1 a Akta Dadah Berbahaya 1952
#positif dadah jenis methamphetamine
#Selebriti Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan