awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peta Standard China 2023: Malaysia hantar nota bantahan kepada China - Menteri Luar

Bernama
Bernama
31/08/2023
05:21 MYT
Peta Standard China 2023: Malaysia hantar nota bantahan kepada China - Menteri Luar
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata tindakan tersebut, merupakan langkah susulan yang diambil kerajaan dalam isu berkenaan. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan akan menghantar nota bantahan kepada China berhubung tuntutan negara itu di Laut China Selatan, seperti yang digariskan dalam 'Peta Standard China Edisi 2023', yang turut meliputi kawasan maritim Malaysia.
Ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, di sini hari ini, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata tindakan tersebut, merupakan langkah susulan yang diambil kerajaan dalam isu berkenaan.
"Ini merupakan amalan kita (apabila berhadapan isu seperti ini)...dan berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra semalam, langkah seterusnya termasuk menghantar nota bantahan," katanya.
Kementerian Luar dalam kenyataan semalam memaklumkan, kerajaan tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan, seperti yang digariskan dalam 'Peta Standard China Edisi 2023', yang turut meliputi kawasan maritim Malaysia.
Peta itu sama sekali tidak mengikat Malaysia.
Kementerian Sumber Asli China pada Isnin mengeluarkan 'Peta Standard China Edisi 2023' yang turut meliputi kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam, selain beberapa kawasan di India.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Peta Standard China Edisi 2023
#nota bantahan
#Malaysia
#Zambry Abdul Kadir
#Wisma Putra
#Maritim Malaysia
#Kementerian Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan