awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA gagalkan cubaan seludup masuk 4,800 telur penyu

Rozalin Hashim
Rozalin Hashim
26/12/2021
03:25 MYT
PGA gagalkan cubaan seludup masuk 4,800 telur penyu
Semua barang rampasan termasuk bot dan enjin dianggarkan bernilai RM14,940. - Astro AWANI
SANDAKAN: Seorang lelaki warga Filipina diberkas Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika cuba menyeludup masuk 4,800 telur penyu di perairan daerah ini, di sini, semalam.
Dalam operasi jam 4 petang itu, bot berkenaan dikesan bergerak dari Pulau Taganak cuba memasuki perairan Sandakan.
Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, pasukan operasi yang menyedari kehadiran bot berkenaan terus mengejarnya untuk pemeriksaan.
Katanya, sebaik berjaya dipintas, pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan seorang lelaki berusia 28 tahun yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
“Pemeriksaan lanjut menemui 19 plastik berisi telur penyu yang dipercayai diseludup untuk pasaran tempatan.
“Selain itu, pasukan operasi turut menemui 14 tong jerikin kosong dipercayai untuk digunakan menyeludup keluar minyak petrol bersubsidi dari daerah ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Abdul Rani berkata, semua barang rampasan termasuk bot dan enjin dianggarkan bernilai RM14,940.
Katanya, barang rampasan dan suspek terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk tindakan selanjutnya.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti klasifikasi kes untuk tindakan pendakwaan,” katanya.
Topic Berkaitan
#telur penyu
#seludup
#PGA
#Pulau Taganak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan