awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Phahrolrazi sedia jadi MB Kedah

Ashwad Ismail
Ashwad Ismail
19/02/2013
04:24 MYT
Phahrolrazi sedia jadi MB Kedah
Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi sedia menggalas tanggungjawab menjadi Menteri Besar sekiranya PAS berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan negeri Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Walau bagaimanapun, beliau menegaskan pendirian tidak akan melobi atau berkempen untuk jawatan itu menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
"Ada juga kumpulan yang berpendapat sedemikian (sesuai jadi calon MB untuk PAS di Kedah). Saya tidak akan meminta tetapi saya sentiasa bersedia," kata Phahrolrazi dalam satu pertemuan dengan Astro AWANI di Alor Setar.
Persada politik Kedah menjelang PRU-13 diselubungi khabar angin bahawa Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak akan mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar atas faktor kesihatan.
Khabar angin itu mencetuskan tanda tanya mengenai siapa pengganti Azizan sekiranya PAS berjaya mengekalkan kuasa di negeri itu.
Phahrolrazi enggan mengulas lanjut mengenai cakap-cakap politik itu namun beliau berpendapat Menteri Besar mestilah seorang yang sihat.
"MB ibarat kenderaan. Sekarang ini kenderaan sudah ada enam silinder. Kalau kenderaan kita masih tiga silinder, kita tiada keupayaan untuk laju pasti kita akan ketinggalan di lebuhraya," ujar beliau.
Phahrolrazi juga memberi jaminan akan akur dengan keputusan PAS Pusat mengenai calon Menteri Besar bagi Kedah.
"Tetapi saya yakin, PAS pusat akan mengambil kira realiti di bawah dalam membuat sebarang keputusan," jelas beliau.
ADUN Pengkalan Kundur itu pada Februari tahun lalu terjebak dalam kontroversi selepas berkrisis dengan Azizan.
Menteri Besar itu pada mulanya tidak menyenaraikan beliau dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah, Datuk Dr. Ismail Salleh dalam senarai Exco kerajaan negeri yang angkat mengangkat sumpah jawatan.
Keadaan itu menyerlahkan pergolakan dalaman parti itu sehingga memaksa campur tangan PAS Pusat.
Phahrolrazi dan Dr. Ismail kemudian disenaraikan semula dalam barisan Exco.
Topic Berkaitan
#Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi
#PAS
#PRU-13
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan