awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Sepak Takraw 2026: Malaysia terima undian seimbang

Astro AWANI
Astro AWANI
15/04/2026
11:10 MYT
Piala Dunia Sepak Takraw 2026: Malaysia terima undian seimbang
Majlis Undian Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Kompleks Akademi Sepak Takraw Malaysia di sini, hari ini. - Foto Stadium Astro
Juara bertahan Malaysia diundi dalam Kumpulan A divisyen premier acara regu pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini dari 16 hingga 23 Mei ini.
Berdasarkan undian rasmi, skuad negara bakal berdepan cabaran Jepun dan Singapura dalam usaha mempertahankan kejuaraan yang dimenangi sebelum ini.
Kumpulan B pula menyaksikan kuasa besar Thailand diundi bersama Iran dan India, manakala Kumpulan C menghimpunkan Myanmar, Vietnam, China serta Indonesia.
Kumpulan D pula terdiri daripada Filipina, Taiwan, Korea Selatan dan Brunei.
Bagi saingan premier regu berpasukan, Malaysia yang muncul naib juara edisi 2024 diundi dalam Kumpulan B bersama India dan Myanmar, manakala juara bertahan Thailand mengetuai Kumpulan A bersama Filipina dan Vietnam.
Kumpulan C menampilkan Korea Selatan, Singapura dan Jepun, sementara Kumpulan D terdiri daripada Indonesia, China dan Brunei.
Ketua jurulatih negara Ahmad Jais Baharun menyifatkan keputusan undian itu sebagai seimbang, dengan setiap kumpulan dalam acara regu berpasukan yang merupakan acara tumpuan kejohanan dilihat memiliki kekuatan tersendiri yang menuntut tahap konsistensi tinggi daripada pemain.
"Kalau kita lihat keputusan undian, semua kumpulan agak seimbang. Tapi kita akan fokus satu perlawanan ke satu perlawanan kerana kita perlu lebih konsisten.
“Kita juga mahu meningkatkan lagi prestasi pemain, lebih-lebih lagi kita datang sebagai naib juara sebelum ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Undian Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Kompleks Akademi Sepak Takraw Malaysia di sini, hari ini.
Pada masa sama, Ahmad Jais mengakui India dan Myanmar bukan lagi pasukan yang boleh dipandang ringan apabila menunjukkan peningkatan mendadak kebelakangan ini.
"Prestasi semasa mereka meningkat dengan drastik. Ini beri isyarat kepada kita untuk bersedia lebih awal supaya tidak terperangkap nanti," katanya.
Dalam pada itu, saingan divisyen premier acara kuadran yang julung kali dianjurkan menyaksikan Malaysia diletakkan dalam Kumpulan C bersama India, Singapura dan Korea Selatan.
Kumpulan A menghimpunkan China, Brunei dan Myanmar, manakala Kumpulan B melibatkan Filipina, Taiwan dan Iran.
Kumpulan D pula menyaksikan Jepun, Indonesia, Vietnam dan Thailand bersaing bagi merebut slot ke peringkat seterusnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sepak takraw
#Piala Dunia 2026
#undian
#Ahmad Jais Baharun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan