awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PICK: 97% populasi dewasa lengkap vaksinasi

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2021
23:03 MYT
PICK: 97% populasi dewasa lengkap vaksinasi
Seramai 22.71 juta individu atau 97 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19. -Gambar hiasan
SERAMAI 22.71 juta individu atau 97 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, 98.4 peratus atau 23.04 juta daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Dalam pada itu, seramai 25.43 juta individu atau 77.9 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Manakala 79.2 peratus atau 25.87 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2.72 juta individu atau 86.4 peratus telah melengkapkan dua dos.
Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.
Terdapat pertambahan 67,701 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 54.03 juta dos.
PICK dilancarkan pada 24 februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#suntikan vaksin
#populasi dewasa
#populasi remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan