awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Libya arah tangkap tiga suspek bunuh anak Gaddafi

Bernama
Bernama
06/03/2026
08:44 MYT
Pihak berkuasa Libya arah tangkap tiga suspek bunuh anak Gaddafi
Saif al-Islam dibunuh pada 3 Februari oleh empat lelaki bersenjata yang menyerbu kediamannya di Zintan. - Gambar fail

Pejabat Peguam Negara Libya mengumumkan yang pihaknya mengenal pasti serta mengeluarkan waran tangkap terhadap tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan Saif al-Islam Gaddafi, anak kepada bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi, lapor Xinhua.

Waran tangkap itu dikeluarkan selepas prosedur siasatan awal selesai dijalankan dan bukti dikumpulkan, menurut kenyataan pejabat berkenaan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya lewat Khamis.
Saif al-Islam, yang sekian lama dilihat sebagai tokoh penting dan kontroversi di Libya sejak kebangkitan yang disokong Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada 2011 yang menamatkan pemerintahan bapanya, dibunuh pada 3 Februari oleh empat lelaki bersenjata yang menyerbu kediamannya di Zintan, kira-kira 136 kilometer barat daya Tripoli.
Menurut hasil siasatan, penyerang menunggu mangsa secara bersembunyi di kediamannya sebelum menyerangnya di halaman rumah dalam ruang sempit yang menghalangnya daripada melarikan diri.
Penyerang kemudian mengacukan senjata automatik ke arah mangsa dan melepaskan tembakan bertubi-tubi, menyebabkan beliau maut di tempat kejadian.
Pada November 2021, Saif al-Islam membuat kemunculan awam pertama selepas bertahun-tahun apabila memfailkan pencalonan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Libya, namun pencalonannya kemudian ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Tertinggi Kebangsaan.

--BERNAMA-XINHUA

Topic Berkaitan
#jenayah
#Pembunuhan
#Saif al-Islam
#anak Gaddafi
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan