awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa siasat punca pelancong jatuh sakit di Perhentian - MOTAC

Bernama
Bernama
01/10/2022
12:38 MYT
Pihak berkuasa siasat punca pelancong jatuh sakit di Perhentian - MOTAC
MOTAC memandang serius perkara yang melibatkan tahap keselamatan dan kesihatan pelancong, sama ada domestik atau dari luar negara. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA TERENGGANU: Agensi bertanggungjawab telah dan sedang mengambil tindakan bagi mengenal pasti punca berlakunya kejadian sekumpulan pelancong mengalami gejala pening, muntah serta demam selepas pulang dari bercuti di Pulau Perhentian Kecil di Besut.
Menurut kenyataan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini, perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu yang dihubungi kementerian itu bagi mendapatkan gambaran jelas tentang isu yang berlaku.
"Pihak Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu memaklumkan bahawa pihaknya telah berkomunikasi dengan beberapa agensi di peringkat negeri seperti Pejabat Daerah Besut dan Pejabat Kesihatan Daerah Besut dan dimaklumkan bahawa agensi-agensi yang bertanggungjawab telah dan sedang mengambil tindakan bagi mengenal pasti punca utama berlakunya kejadian tersebut," menurut MOTAC.
BACA: Segera bina sistem rawatan kumbahan di Pulau Perhentian
Menurut kenyataan itu, MOTAC memandang serius perkara yang melibatkan tahap keselamatan dan kesihatan pelancong, sama ada domestik atau dari luar negara, dan kejadian seperti itu perlu ditangani secara tuntas bagi memastikan hasrat kerajaan untuk memulihkan industri pelancongan negara dalam masa terdekat dapat dicapai.
Semalam, sebuah portal berita dalam talian melaporkan sekumpulan 40 orang pelancong terdiri daripada 27 dewasa dan 13 kanak-kanak yang bercuti tiga malam ke Pulau Perhentian Kecil jatuh sakit selepas berenang di perairan pulau itu.
Menurut laporan tersebut, sebahagian mereka mengalami cirit-birit dan demam panas sejurus selepas pulang dan beberapa orang dimasukkan ke hospital, manakala seorang kanak-kanak berusia setahun disahkan menghidap kepialu dan dua lagi kanak-kanak mengalami keracunan darah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOTAC
#Pulau Perhentian
#pelancong sakit
#keracunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan