awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilu, tiga beradik mangsa lemas Pantai Sura disemadikan dalam satu liang lahad

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
31/12/2018
12:58 MYT
Pilu, tiga beradik mangsa lemas Pantai Sura disemadikan dalam satu liang lahad
Jenazah tiga beradik mangsa lemas tiba sekitar jam 6.10 petang di Masjid Kampung Rahmat disolatkan oleh lebih 300 tetamu dan sanak saudara. - Foto Astro AWANI
Jenazah tiga beradik yang meninggal dunia akibat lemas di Pantai Sura Tengah, Dungun, Terengganu pada Ahad, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat, Rantau Panjang, Kelantan di sini petang tadi.
Terdahulu jenazah tiga beradik yang tiba sekitar jam 6.10 petang di Masjid Kampung Rahmat disolatkan oleh lebih 300 tetamu dan sanak saudara.
Jenazah Nurain Fatma Zawawi, 10, diletakkan di tepi sebelah kiri, Nurain Sofia, 8, di sebelah kanan manakala adiknya yang bongsu Nurain Sasabila, 6, diletakkan di tengah.
BACA: "Semua anak pergi sekelip mata..." - Bapa tiga beradik lemas
Bapa tiga beradik, Zawawi Wahab, 42, turut turun ke liang lahad manakala ibu mereka, Nur Syahida Abdullah, 36, berada di atas memerhatikan ketiga-tiga anak mereka diturunkan ke liang lahad.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Sementara itu datuk kepada tiga beradik ini, Wahab Mat Adam memaklumkan kali terakhir menemui cucunya jumaat lalu sewaktu mereka baru pulang bercuti dari Hatyai, Thailand.
Katanya, kesemua cucunya itu semenangnya amat rapat dengannya bahkan sering kali mengunjunginya.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Dalam kejadian sekitar jam 5 petang semalam, tiga beradik beradik itu lemas selepas dipukul ombak besar di Pantai Sura, Dungun sebelum menariknya ke dalam laut.
Kesemua tiga beradik kemudiannya ditemukan lemas pagi Isnin.

Topic Berkaitan
#Dungun
#Islam
#jenazah
#Kota Bharu
#lemas
#lemas tiga beradik
#liang lahad
#meninggal dunia
#Pantai Sura
#satu liang lahad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan