awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pintu terkunci automatik, lelaki terperangkap dalam bank

Sinar Harian
Sinar Harian
02/06/2022
03:20 MYT
Pintu terkunci automatik, lelaki terperangkap dalam bank
Individu tersebut diselamatkan pasukan bomba selepas terperangkap dalam ruang mesin ATM sebuah bank di Cheng. -Foto Sinar Harian
MELAKA: Seorang lelaki terperangkap dalam sebuah bank menempatkan mesin pengeluaran automatik (ATM) di Cheng di sini, pada tengah malam Rabu.
Dalam kejadian lebih kurang jam 12.41 malam itu, lelaki berusia 51 tahun terbabit dipercayai terperangkap kira-kira selama 15 minit sebelum diselamatkan pasukan bomba Balai Bomba dan Penyelamat Cheng.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Mohd Norshah Saleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.45 tengah malam sebelum empat pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, dipercayai mangsa hendak mengeluarkan wang dan terperangkap berikutan pintu terkunci secara automatik.
"Sejurus tiba didapati seorang lelaki terperangkap di dalam sebuah bank yang menyediakan perkhidmatan ATM.
"Mangsa kemudian berjaya keluar dengan sendiri tanpa sebarang kecederaan dan operasi tamat pada jam 1.06 pagi," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#terperangkap dalam bank
#Cheng
#terperangkap dalam lokasi mesinATM
#Mohd Norshah Saleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan