awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: 50 bot nelayan Vietnam diusir dari perairan Terengganu - APMM

Bernama
Bernama
16/05/2020
20:53 MYT
PKP: 50 bot nelayan Vietnam diusir dari perairan Terengganu - APMM
Maritim Malaysia bersama agensi-agensi lain sentiasa mencari pendekatan, bagi menangani masalah pencerobohan sebaik mungkin.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu telah mengusir keluar 50 buah bot nelayan Vietnam, yang menceroboh perairan Malaysia sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, Mac lepas.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, terbaharu bagi tempoh 11 Mei sehingga Jumaat, sebanyak 10 buah bot telah diusir.
"Sepanjang Operasi COVID-19 Laut ini dengan sokongan komuniti maritim, kira-kira 50 bot nelayan asing Vietnam berjaya diusir keluar dari perairan sempadan negara... ia selaras dengan usaha menyekat penularan wabak berjangkit COVID-19 kepada rakyat di negara ini," katanya menerusi kenyataan, di sini, pada Sabtu.
Muhammad Suffi bagaimanapun tidak menafikan terdapat pencerobohan di beberapa lokasi, terutama semasa bot atau kapal penguat kuasa sedang melakukan rondaan di tempat lain dan juga semasa kapal melakukan ulang bekal di pangkalan.
"Pihak Maritim Malaysia bersama agensi-agensi lain sentiasa mencari pendekatan, bagi menangani masalah ini sebaik mungkin. Atas sebab itu, kami berganding bahu dengan agensi-agensi lain dengan melakukan operasi bersepadu dari masa ke semasa seperti Op Naga, yang masih diteruskan sehingga hari ini.
"Walaupun ketika ini umat Islam sedang berpuasa dan tidak lama lagi akan menyambut Aidilfitri, pihak penguat kuasa akan tetap meningkatkan rondaan, dengan menggerakkan empat kapal dan lima bot bersama kekuatan anggota seramai 100 orang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#APMM
#bot
#COVID-19
#Muhammad Suffi Mohd Ramli
#nelayan
#operasi
#operasi bersepadu
#pencerobohan
#perairan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#rakyat
#terengganu
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan