awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Pekerja Malaysia dari Singapura dibawa pulang berperingkat - Ismail Sabri

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
22/04/2020
07:34 MYT
PKP: Pekerja Malaysia dari Singapura dibawa pulang berperingkat - Ismail Sabri
Singapura masih membenarkan pekerja dari Malaysia tinggal di negara itu jika premis pekerjaan mereka ditutup. Gambar fail.
Kerajaan akan memastikan kepulangan rakyat Malaysia dari Singapura dibuat secara berperingkat dan mereka tidak bergerak dalam kumpulan yang besar.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan juga diarahkan berunding dengan rakan sejawatnya di Singapura berhubung isu pekerja Malaysia di republik itu.
"Kita telah mengarahkan Menteri Sumber Manusia untuk berunding dengan rakan sejawat di Singapura. Antara yang dibincangkan adalah adakah pekerja diberi cuti tanpa gaji jika pulang.
"Kita juga telah berjanji, kalau pulang... ia akan dibuat secara berperingkat dan bukan melalui pergerakan kumpulan besar dalam satu masa," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
Katanya, Singapura masih membenarkan pekerja dari Malaysia tinggal di negara itu jika premis pekerjaan mereka ditutup.
"Setakat ini belum ada kemasukan besar-besaran (rakyat Malaysia dari Singapura) sebab kilang di sana masih lagi beroperasi. Malah pekerja di kilang yang ditutup masih diberi peluang oleh Singapura untuk terus tinggal di sana," ujarnya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#keselamatan
#Malaysia
#Media
#menteri
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Saravanan
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan