awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Syarikat telekomunikasi sedia panggilan percuma selama 12 jam sempena Aidilfitri

Astro Awani
Astro Awani
12/05/2021
07:47 MYT
PKP: Syarikat telekomunikasi sedia panggilan percuma selama 12 jam sempena Aidilfitri
Saifuddin menjelaskan kemudahan yang digerakkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dapat dinikmati oleh semua pelanggan 10 syarikat telekomunkasi tempatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sempena kedatangan Aidilfitri, syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan telah bersepakat untuk menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara.
Panggilan percuma ini akan bermula pada 10 malam 12 Mei hingga 10 pagi 13 Mei iaitu hari pertama Hari Raya Aidilfitri.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan kemudahan yang digerakkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dapat dinikmati oleh semua pelanggan 10 syarikat telekomunkasi tempatan.
Antara syarikat telekomunikasi tersebut adalah Maxis, TM Unifi, Celcom, Digi, REDtone, TIME dotCom, Tune Talk, U Mobile, Yoodo dan YTL.
Saifuddin juga memaklumkan setiap penyedia perkhidmatan akan memberikan tawaran panggilan percuma ini tertakluk kepada terma dan syarat masing-masing.
"Setiap penyedia perkhidmatan akan memberikan tawaran panggilan percuma ini tertakluk kepada terma dan syarat masing-masing.
"Para pelanggan dinasihati untuk menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing bagi sebarang pertanyaan tentang tawaran perkhidmatan ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Saifuddin berharap kemudahan ini dapat membantu rakyat negara ini saling berhubung dan mengeratkan silaturahim biarpun aktiviti ziarah tidak dibenarkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Topic Berkaitan
#telekomunikasi
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#MCMC
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
#Saifuddin Abdullah
#Maxis
#PKP
#Hari Raya Aidilfitri
#Aidilfitri
#hari raya
#perintah kawalan pergerakan
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan