awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Tak pakai topeng muka di tempat awam bukan kesalahan - Ismail Sabri

Firdaus Azil
Firdaus Azil
17/04/2020
07:03 MYT
PKP: Tak pakai topeng muka di tempat awam bukan kesalahan - Ismail Sabri
Nasihat Ketua Pengarah Kesihatan untuk orang awam adalah jelas, bahawa topeng muka itu hanya untuk mereka yang bergejala sahaja. Gambar hiasan.
Tidak memakai penutup hidung dan mulut di tempat awam bukan kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), sehingga menyebabkan seseorang itu boleh ditahan atau didenda.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, nasihat Ketua Pengarah Kesihatan adalah jelas bahawa penutup hidung dan mulut hanya untuk mereka yang mempunyai gejala sahaja.
“Jadi, tidak boleh kita kuatkuasakan sesiapa yang tidak pakai topeng muka ditahan. Pernah satu ketika, pengurus pasar raya dan pengawal keselamatan telah menahan individu yang hendak masuk ke premis mereka tanpa memakai topeng. Ini jelas melebihi peraturan yang dikeluarkan di bawah akta ini.
“Jadi, bagi kita tidak menjadi kesalahan kalau tak pakai topeng tersebut,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu laporan bahawa seorang individu telah dikenakan kompaun kerana gagal memakai penutup hidung dan mulut sewaktu berada di tempat awam.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pekerja pembersihan yang bertugas di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak perlu memakai peralatan perlindungan diri (PPE) seperti petugas barisan hadapan yang lain.
Beliau berkata, memadai mereka memakai penutup hidung dan mulut serta sarung tangan sahaja kerana operasi kutipan sampah tidak melibatkan pertemuan secara langsung dengan penduduk di kawasan PKPD berkenaan.
“Keadaan berbeza apabila mereka masuk ke dalam bilik (hospital atau tempat rawatan) untuk mencuci, maka perlu pakai PPE kerana wujud hubungan langsung dengan orang yang mempunyai gejala, ada keberangkalian mereka akan dijangkiti COVID-19 (jika tidak memakai PPE),” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#keselamatan
#kesihatan
#kluster keselamatan
#Menteri Kanan
#orang awam
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Putrajaya
#topeng muka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan