awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: "Benarkan orang Kedah, Perlis ke Langkawi" - Rayuan operator pelancongan

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
10/11/2020
04:49 MYT
PKPB: "Benarkan orang Kedah, Perlis ke Langkawi" - Rayuan operator pelancongan
Zainudin Kadir memohon pertimbangan kerajaan untuk memberi kebenaran bagi pelancong dari Kedah dan Perlis bercuti di Langkawi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyaratc(PKPB) di seluruh Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang, menyebabkan industri pelancongan di Langkawi lumpuh sepenuhnya.
Jesteru industri pelancongan di Langkawi memohon agar setidaknya, kerajaan mempertimbangkan untuk memberi kebenaran bagi pelancong dari Kedah dan Perlis melawat pulau legenda itu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir, susulan fasa pertama penguatkuasaan PKPB bagi tiga negeri di Lembah Klang - Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, sudah menjejaskan industri pelancongan sehingga 70 peratus.
Namun baru sahaja menggerakkan strategi baharu iaitu menggalakkan pelancong dari Kedah dan Perlis, strategi itu kini terbantut ekoran larangan rentas daerah dan negeri melalui PKPB.
"Di pihak persatuan dan industri pelancongan, kita perkenalkan 'Cuti-Cuti Kedah to Kedah', dapatlah kita tampung semula pendapatan 50-60 peratus, namun sejak pelaksanaan PKPB bermula semalam, pelancongan Langkawi lumpuh sepenuhnya.
"Kini sebilangan besar pemain indsutri pelancongan terpaksa tutup sementara kerana tidak mampu tampung operasi kerana ketiadaan pelancong," kata Zainudin pada Astro AWANI ketika dihubungi pada Selasa.
Dengan populasi lebih 118,000 penduduk, majoriti sumber pendapatan Langkawi adalah bergantung kepada industri pelancongan.
"Harapan kami supaya kerajaan lihat secara jelas dan nyata, tolonglah benarkan pelancongan dari Kedah dan Perlis datang ke Langkawi.
"Kasihanilah kepada penduduk Langkawi dan pemain industri pelancongan khususnya yang baru sahaja ingin bernafas semula ini," rayu Zainudin lagi.
Sejak pelaksanaan PKPB pada Isnin, perjalanan feri ulang alik bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah hanya dihadkan pada satu perjalanan sehari.
Melihat kepada perkembangan ini, jelas Zainudin, sektor pelancongan pulau itu tambah terjejas.
Topic Berkaitan
#Langkawi
#PKPB
#Kedah
#Perlis
#feri
#pelancongan
#LTA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan