awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Boleh rentas daerah, negeri, kerajaan kaji kebenaran lebih banyak aktiviti pelancongan

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2020
09:34 MYT
PKPB: Boleh rentas daerah, negeri, kerajaan kaji kebenaran lebih banyak aktiviti pelancongan
Hasil perbincangan dengan Kementerian, Seni dan Budaya itu akan diumumkan kemudian, kata Ismail Sabri. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan akan mengkaji kebenaran aktiviti pelancongan, termasuk kemungkinan membuka lebih banyak sektor susulan keputusan membenarkan rentas daerah dan negeri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketika ini beberapa kawasan pelancongan masih tidak dibuka dan perkara itu akan dibincangkan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
"Beberapa kawasan (pelancongan) masih kita tidak buka. Sektor yang dibenarkan akan diumumkan kerana di bawah PKPB ada aktiviti dibenar... pelancongan ini boleh jadi sosial atau ekonomi.
"Contoh, kalau melibatkan pengusaha bas, ia akan jadi aktiviti ekonomi dan kalau individu, boleh jadi aktiviti sosial. Kita sedang bincang dengan Kementerian Pelancongan (Seni dan Budaya)," katanya dalam sidang media pada Sabtu.
Hasil perbincangan dengan kementerian itu akan diumumkan kemudian, katanya.
"Kita akan umum nanti. Misalnya, zoo, boleh buka sebab ia adalah aktiviti di luar," ujarnya.
Aktiviti rekreasi luar ketika ini dibenarkan, namun ia perlu diteliti semula jika melibatkan pelancongan.
"Outdoor (rekreasi luar) dibenarkan, sebab jumlah yang terlibat. Ini akan dilihat lebih teliti oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Ia akan mencadangkan aktiviti mana akan dibuka dan akan mendapat pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," ujarnya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#pelancongan
#Kementerian Kesihatan
#PKPB
#PKPP
#COVID-19
#outdoor
#rekreasi luar
#rentas daerah
#rentas negeri
#dibenarkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan