awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB bolehkan ekonomi dan rantaian bekalan diteruskan - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2020
00:11 MYT
PKPB bolehkan ekonomi dan rantaian bekalan diteruskan - Dr Noor Hisham
DR NOOR HISHAM: Merupakan satu cabaran untuk melindungi dan mengimbangi antara kesihatan dan ekonomi daripada kesan COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh memastikan ekonomi dan rantaian bekalan negara tidak terjejas di tengah-tengah penularan wabak COVID-19 ketika ini.
Pada masa sama, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kawalan dan sekatan dikenakan ke atas sektor pendidikan dan sosial.
"PKPB membenarkan ekonomi dan rantaian bekalan diteruskan tanpa gangguan. Namun, akan adanya kawalan ke atas sektor pendidikan dan sosial," katanya dalam status yang dimuat naik di media sosialnya awal pagi ini.
BACA: PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya bermula 14 Oktober
It is a challenge to safeguard & strike a balance between health & economy from Covid-19. A lost of balance means lost of lives & lost of livelihoods. Conditional MCO allows the economy & supply chain to continue without disruption but restriction on social & education sectors pic.twitter.com/LfSML7dfz9
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 12, 2020
Beliau turut menyifatkan usaha mengimbangi kesihatan dan ekonomi merupakan satu tugas yang mencabar.
"Ia merupakan satu cabaran untuk melindungi dan mengimbangi antara kesihatan dan ekonomi daripada kesan COVID-19.
"Hilangnya keseimbangan bermakna hilangnya nyawa dan hilangnya mata pencarian," ujarnya.
BACA: PKPB seluruh Selangor, kerajaan negeri terkejut!
Pada Isnin, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam, 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober.
Dr Noor Hisham menjelaskan, pelaksanaan PKPB di seluruh Lembah Klang adalah berikutan kawasan itu merekodkan kes baharu secara berselerak.
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#perintah kawalan pergerakan
#PKPB
#COVID-19
#rantaian bekalan
#ekonomi
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan