awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Semua pejabat kerajaan dibuka sepenuhnya - Ismail Sabri

Isabelle Leong
Isabelle Leong
13/05/2020
07:04 MYT
PKPB: Semua pejabat kerajaan dibuka sepenuhnya - Ismail Sabri
ISMAIL SABRI: Semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan mesti dipatuhi sepenuhnya di jabatan-jabatan kerajaan. - Gambar fail
Mesyuarat Kabinet pada Rabu memutuskan semua pejabat kerajaan termasuk kaunter-kaunter kerajaan dibenarkan dibuka sepenuhnya.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah dibuka pada Rabu dan akan diikuti jabatan-jabatan kerajaan yang lain.
“Semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan mesti dipatuhi sepenuhnya.
“Ia termasuk saringan suhu badan, pengamalan penjarakan sosial dan penyediaan cecair pembasmi kuman.
“Proses sanitasi juga perlu dilakukan di tempat-tempat atau pejabat kerajaan ini,” kata Ismail Sabri pada sidang media harian di Putrajaya pada Rabu.
Dalam perkembangan yang lain, beliau berkata kadar pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah pada 95 peratus.
“Pahang, Pulau Pinang dan Melaka merupakan negeri tertinggi dengan kadar 98 peratus pematuhan,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#jabatan
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#JPJ
#kadar pematuhan
#pejabat kerajaan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan