awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di Institut Latihan KKM di Johor Bahru

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
02/11/2020
09:28 MYT
PKPD di Institut Latihan KKM di Johor Bahru
Ismail Sabri menjelaskan PKPD di ILKKM Johor Bahru ini dikenakan berikutan 46 individu disahkan positif COVID-19 daripada 1,515 saringan yang dilakukan. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan memutuskan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Institut Latihan Kesihatan Malaysia (ILKKM) Johor Bahru bermula 3 hingga 16 November ini.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri PKPD di ILKKM Johor Bahru ini melibatkan seramai 1,559 individu yang terdiri pelatih, kakitangan, ahli keluarga dan pekerja sokongan.
Ismail Sabri menjelaskan PKPD di ILKKM Johor Bahru ini dikenakan berikutan 46 individu disahkan positif COVID-19 daripada 1,515 saringan yang dilakukan.
"Dengan pelaksanaan perintah ini semua yang terlibat diwajibkan mematuhi SOP yang dikeluarkan termasuklah tidak dibenarkan keluar masuk ke ILKKM.
"Kecuali kes-kes kecemasan seperti ada keluarga meninggal di luar, tetapi perlu mendapat daripada pihak polis.
"Bekalan makanan kepada pelatih ILKKM akan dibekalkan oleh kerajaan negeri atau jabatan kebajikan masyarakat," katanya pada sidang media harian pada Isnin.
Beliau juga mengumumkan PKPD di Penjara Kepayan dan Kuarters Penjara Taman Mat Salleh, Kg. Matambai dilanjutkan selama 14 hari bermula 3 hingga 16 November ini.
Sementara itu, Ismail Sabri menjelaskan PKPD Kg. Saguking Laut & Kg. Sebor Laut, Labuan ditamatkan pada 3 November 2020 sepertimana yang telah dijadualkan.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Majlis Keselamatan Negara
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#PKPD
#ILKKM
#Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan