awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di Pusat Koreksional Kamunting, kuarters kakitangan bermula esok - Ismail Sabri

Isabelle Leong
Isabelle Leong
29/12/2020
08:53 MYT
PKPD di Pusat Koreksional Kamunting, kuarters kakitangan bermula esok  - Ismail Sabri
Pelaksanaan PKPD tersebut bertujuan untuk mengawal kluster sedia ada dan menghalang penularan kepada banduan lain, kakitangan, ahli keluarga serta komuniti di luar KEMTA. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Koreksional Kamunting (KEMTA) dan kuarters kakitangannya di Taiping berkuat kuasa esok sehingga 12 Januari depan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut adalah berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendapati berlakunya peningkatan kes positif COVID-19 di pusat tersebut.
“Sehingga 24 Disember, KKM telah melaksanakan sebanyak 1,490 saringan terhadap tahanan dan daripada jumlah itu, 50 didapati positif COVID-19.
“Atas nasihat dan penilaian risiko KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Pusat Koreksional Kamunting (KEMTA) beserta kuarters bermula 30 Disember 2020 sehingga 12 Januari 2021,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.
Ismail Sabri berkata pelaksanaan PKPD tersebut bertujuan untuk mengawal kluster sedia ada dan menghalang penularan virus kepada banduan lain, kakitangan, ahli keluarga serta komuniti di luar KEMTA.
Dalam perkembangan berhubung operasi pematuhan PKPP, beliau berkata PDRM telah menahan 142 individu pada Isnin atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kesemua individu dikenakan kompaun dan antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (78), tidak memakai pelitup muka (53), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (sembilan) dan lain-lain (dua),” katanya.
Menerusi Operasi Benteng yang pula, beliau berkata 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan tiga kenderaan darat dirampas.
Katanya, anggota penguat kuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah membuat pemeriksaan di sembilan tapak binaan di seluruh Malaysia pada Isnin dan kesemuanya didapati mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan
#Pusat Koreksional Kamunting
#KEMTA
#kuarters
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
#kes positif
#ingkar arahan
#pendatang asing tanpa izin
#pati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan