awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di Rumah Panjang Wun Anak Ering, Mukah dilanjutkan sehingga 16 Jun

Hilmi Malik
Hilmi Malik
01/06/2021
10:46 MYT
PKPD di Rumah Panjang Wun Anak Ering, Mukah dilanjutkan sehingga 16 Jun
Ismail Sabri berkata, keputusan membabitkan rumah panjang itu dibuat berikutan masih terdapat penularan COVID-19 termasuk kes baharu yang direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM). - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Panjang Wun Anak Ering, Tanjung Manis, Mukah, Sarawak dilanjutkan bermula 3 hingga 16 Jun.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berikutan masih terdapat penularan COVID-19 termasuk kes baharu yang direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM).
“KKM telah melakukan 172 ujian saringan dengan 29 kes disahkan positif COVID-19.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama beberapa agensi, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Rumah Panjang Wun Anak Ering itu," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.
Sebelum ini, kerajaan telah melaksanakan PKPD di kawasan tersebut yang dijadualkan tamat pada 2 Jun.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, PKPD di Sekolah Kebangsaan (SK) Bakerkong di Tanjung Manis, ditamatkan pada 2 Jun seperti dijadualkan sebelum ini.
Selain itu, katanya PKPD di Lorong 2, Kampung Kongsi 8, Tawau, yang dijadualkan tamat pada 12 Jun, ditamatkan lebih awal iaitu pada 2 Jun.
"KKM mendapati berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan," katanya.
Topic Berkaitan
#KKM
#PKPD
#ujian saringan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#Sarawak
#Sabah
#Mukah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan