awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD: Kontak rapat Kluster Emperoh Jambu disaran buat saringan COVID-19

Afiezul Samit
Afiezul Samit
23/02/2021
11:11 MYT
PKPD: Kontak rapat Kluster Emperoh Jambu disaran buat saringan COVID-19
Dr Jerip Susil (tengah)berharap penduduk segera membuat saringan bagi mengelak Kluster Emperoh Jambu tersebar dengan meluas. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Kontak rapat kepada kes positif melibatkan Kluster Emperoh Jambu disaran untuk membuat ujian saringan COVID-19 dengan kadar segera walaupun tidak bergejala.
Ini kerana terdapat individu dari kampung lain yang telah disahkan positif setelah menghadiri majlis pengebumian yang menjadi punca kepada tercetusnya kluster ini.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Dr Jerip Susil, ujian saringan ini penting dalam memastikan rantaian penularan COVID-19 dapat diputuskan mengikut tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikuatkuasakan di kawasan itu.
"Kita mengharapkan penduduk kampung untuk melakukan ujian saringan kerana kita mahu rantaian ini diputuskan dalam tempoh PKPD yang ditetapkan.
"Jadi dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Unit Keselamatan Dalam Negeri, saya yakin kita mampu mengesan kesemua kontak rapat ini.
"Selain itu, walaupun ketika ini mereka beraa di tempat lain seperti di Kuching misalnya, saya memohon agar mereka juga tampil membuat saringan kerana kita tidak mahu Kluster Emperoh Jambu ini tersebar dengan meluas,"katanya.
Sementara itu, ujian saringan ke atas semua penduduk Kampung Emperoh Jambu akan bermula esok.
Untuk tujuan itu, sebuah klinik sementara juga akan ditubuhkan bagi memudahkan penduduk kampung mendapatkan rawatan ringan.
Pada Isnin, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengumumkan pelaksanaan PKPD di Kampung Emperoh Jambu selama 14 hari bermula 23 Februari sehingga 8 Mac 2021.
Keputusan dibuat selepas membuat penilaian risiko setelah kes positif yang melibatkan daerah Kuching, Samarahan dan Serian.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kes positif Sarawak
#kluster aktif di Sarawak
#PKPD di Sarawak
#Kluster Emperoh Jambu
#Padawan
#Jerip Susil
#Saringan COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan