awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPP: Pahang benar operasi perniagaan sehingga 10 malam

Bernama
Bernama
11/06/2020
06:10 MYT
PKPP: Pahang benar operasi perniagaan sehingga 10 malam
Wan Rosdy berkata, ketetapan itu dibuat selepas menerima maklum balas daripada persatuan dan peniaga.
Kerajaan negeri Pahang membenarkan semua premis perniagaan beroperasi bermula 7 pagi hingga 10 malam sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ketetapan itu dibuat selepas menerima maklum balas daripada persatuan dan peniaga khususnya yang terlibat dalam perniagaan makanan berhubung keputusan sebelum ini yang mewajibkan mereka menghentikan operasi pada 9.30 malam.
"Keputusan ini diharapkan mencukupi setakat ini dan semakan akan dibuat dari semasa ke semasa mengambil kira situasi wabak COVID-19 di Pahang dan pematuhan semua pihak terhadap garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan.
"Saya juga berharap kita tidak hilang fokus sebaliknya terus memberi tumpuan kepada menjayakan usaha membendung penularan wabak COVID-19," katanya dalam kenyataan media di sini, pada Khamis.
Wan Rosdy berkata had masa premis perniagaan itu bagaimanapun dikecualikan kepada perkhidmatan perlu seperti klinik, stesen minyak dan kilang yang dibenarkan beroperasi mengikut kelulusan lesen perniagaan sedia ada.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan
#Menteri Besar
#Pahang
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#waktuu operasi kedai
#Wan Rosdy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan