awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Adik cedera diserang abang menggunakan parang
Lubnan sebahagian yang "tidak dapat dipisahkan" daripada gencatan senjata - Speaker Parlimen Iran
Konflik Asia Barat: Iran nafi lancar peluru berpandu ke arah negara Teluk selepas gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR Kedah sahut seruan Presiden, perkukuh hala tuju, jadi kubu utama

Kabeer Aziz
Kabeer Aziz
14/02/2026
03:56 MYT
PKR Kedah sahut seruan Presiden, perkukuh hala tuju, jadi kubu utama
Tunku Nashrul berkata, PKR Kedah akan menggabungkan pengalaman pimpinan terdahulu dengan semangat generasi baharu bagi memastikan gerak kerja parti menjadi lebih berkesan dan berterusan. - Foto Keadilan Kedah
Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kedah menyahut iltizam Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan negeri Jelapang Padi itu sebagai kubu utama parti.
Pengarah Komunikasi MPN Kedah Tunku Nashrul Abaidah berkata, proses pengukuhan akan digerakkan secara berfokus melalui perancangan strategik, pengukuhan organisasi, serta kesatuan kepimpinan dan anggota di setiap cabang.
Katanya, PKR berada pada tahap lebih tersusun, justeru keutamaan adalah memastikan struktur parti diperkasa lengkap dengan kesiapsiagaan jentera di semua peringkat.
Beliau turut menekankan bahawa parti itu mesti terus dekat dengan rakyat melalui kefahaman terhadap realiti setempat dan menyantuni masyarakat tanpa mengira latar belakang.
"Pendekatan politik parti di Kedah akan kekal berasaskan fakta, penyelesaian yang jelas, keutamaan rakyat, serta prinsip tadbir urus yang adil dan telus,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Pada masa sama, beliau turut menyatakan PKR Kedah akan menggabungkan pengalaman pimpinan terdahulu dengan semangat generasi baharu bagi memastikan gerak kerja parti menjadi lebih berkesan dan berterusan.
Tambahnya, MPN Kedah turut komited untuk menjadi alternatif terbaik bagi rakyat negeri, dengan menampilkan kepimpinan yang berintegriti dan berprinsip.
“Keutamaan parti adalah memastikan PKR kekal dekat dengan rakyat serta mengangkat tadbir urus yang adil, telus dan berwibawa,” kata Tunku Nashrul.
Untuk rekod, PKR hanya memenangi satu kerusi iaitu di Parlimen Sungai Petani yang disandang oleh Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari.
Untuk Dewan Undangan Negeri pula, PKR hanya memenangi dua kerusi iaitu Bau Wong Bau Ek (Sidam) dan Adam Loh Wei Chai (Bakar Arang).
Topic Berkaitan
#Tunku Nashrul Abaidah
#PKR
#Kedah
#MPN Keadilan Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan