awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PLKN mungkin diteruskan - Mat Sabu

Firdaus Azil
Firdaus Azil
02/08/2018
03:04 MYT
PLKN mungkin diteruskan - Mat Sabu
Dari jumlah 885,956 belia yang dilatih, hanya sekitar 300,000 sahaja yang kembali menyertai Briged Sukarelawan Khidmat Latihan Negara. - Gambar hiasan
Walaupun Manifesto Pakatan Harapan (PH) menyatakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dihentikan, terdapat pandangan dan kajian bebas yang menyatakan ia sebenarnya berjaya memupuk sifat patriotism dan nilai murni yang tinggi di kalangan pelatih.
Justeru, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata, kementerian sendiri akan melakukan kajian bagi mengenalpasti implikasi penutupan program berkenaan, serta penambahbaikan yang mungkin boleh dilakukan sekiranya ia boleh diteruskan.
“Dengan mengambil kira pandangan dari ibu bapa, bekas pelatih PLKN, agensi kerajaan yang berkaitan, satu kajian sedang dilaksanakan semula Kementerian Pertahanan.
"Ia bagi menilai keberkesanan dan implikasi penutupan sebelum sebarang keputusan akhir kerajaan,
“Kajian ini sangat penting untuk ditentukan pengubahsuaian atau penjimatan semula program ini, jika ada keperluan untuk diteruskan. Sebab, pengurusan paling tinggi ialah sewa kem dan lain-lain,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang ingin tahu mengenai jumlah perbelanjaan akumulatif PLKN serta hala tuju baharu bagi program berkenaan.
Menjelaskan lanjut, Mohamad berkata, sebanyak RM8.43 bilion telah dibelanjakan untuk program berkenaan dan 43 peratus daripadanya adalah untuk sewaan kem-kem latihan dan pengangkutan.
Selain itu, dari jumlah 885,956 belia yang dilatih, hanya sekitar 300,000 sahaja yang kembali menyertai Briged Sukarelawan Khidmat Latihan Negara.
Topic Berkaitan
#Belia
#henti
#Kajian
#kem
#Kementerian Pertahanan
#latihan
#Menteri Pertahanan
#Mohamad Sabu
#perbelanjaan
#plkn
#Program
#sewa
#tutup
#Wong Hon Wai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan