awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PLUS, LLM setuju tambah bilangan stesen pengecas di lebuh raya utama - MITI

Bernama
Bernama
15/02/2024
09:33 MYT
PLUS, LLM setuju tambah bilangan stesen pengecas di lebuh raya utama - MITI
Plus Malaysia Bhd (PLUS) dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersetuju untuk memudahcara proses membangunkan stesen pengecas di sepanjang lebuh raya PLUS bagi menambah bilangan stesen tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Plus Malaysia Bhd (PLUS) dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersetuju untuk memudahcara proses membangunkan stesen pengecas di sepanjang lebuh raya PLUS bagi menambah bilangan stesen tersebut, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Menurut MITI, Tenaga Nasional Bhd (TNB) juga memaklumkan bahawa syarikat tersebut sedang meneliti kaedah penyumberan bekalan tenaga dan penggunaan tenaga mengikut waktu untuk menggalakkan aktiviti pengecasan EV menggunakan sumber tenaga boleh baharu.
Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz turut menjelaskan bahawa selain aktiviti pengecasan EV menggunakan sumber tenaga boleh baharu, kerajaan juga menyambut baik cadangan untuk menggalakkan model perniagaan baharu bagi mengoptimumkan pengecasan EV pada waktu penggunaan grid yang rendah.
Menurut MITI, Northport (Malaysia) Bhd juga membangkitkan isu berkaitan risiko keselamatan pengecasan EV semasa pengendalian dalam aspek logistik dan sehubungan itu mesyuarat tersebut bersetuju supaya garis panduan amalan baik berkenaan tatacara pengendalian pengecasan EV semasa urusan logistik disediakan dalam tempoh enam bulan sebagai rujukan kepada industri.
Sementara itu, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Datuk Seri Fadillah Yusof itu turut membincangkan isu berkaitan usaha menambah baik prosedur dan pelesenan stesen pengecas EV.
Fadillah berkata kerajaan mengambil maklum akan cabaran semasa yang dihadapi oleh pihak penyedia perkhidmatan pengecas EV.
"Saya telah mengarahkan agensi kerajaan yang terlibat untuk menyelaras dan memudahcara peraturan-peraturan berkaitan termasuk yang berkaitan dengan hal pelesenan.
"Ini adalah bagi memastikan pembangunan dan pengoperasian stesen pengecas EV di seluruh negara berjalan dengan lancar dan membantu menyokong pembangunan ekosistem EV secara holistik, tanpamenjejaskan aspek keselamatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PLUS
#stesen pengecas
#lebuhraya utama
#MITI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan