awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar adakan lawatan dua hari ke Sabah

Bernama
Bernama
11/09/2024
02:10 MYT
PM Anwar adakan lawatan dua hari ke Sabah
Esok, Anwar dijadual melawat Felda Sahabat di Lahad Datu pada sebelah pagi untuk menghadiri Karnival Segalanya Felda. Hajiji turut dijadual hadir pada karnival berkenaan. - Gambar fail/Sinar Harian
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan dua hari ke Sabah bermula hari ini di Kota Kinabalu dan Lahad Datu.
Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu malam ini sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Esok (12 Sept), Anwar dijadual melawat Felda Sahabat di Lahad Datu pada sebelah pagi untuk menghadiri Karnival Segalanya Felda.
Hajiji turut dijadual hadir pada karnival berkenaan.
Pada majlis itu, Anwar akan disambut dengan persembahan kebudayaan tarian sambut tamu negeri Sabah dan tayangan video bertajuk 'Mimpi Seorang Ayah' yang memaparkan kisah peneroka Felda.
Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadual menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu, yang juga akan dihadiri Hajiji.
Anwar dijadual berlepas pulang pada petang esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Sabah
#lawatan rasmi
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan