awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ajak peringati iktibar Israk Mikraj, perjuang kemerdekaan Palestin

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
07/02/2024
13:57 MYT
PM Anwar ajak peringati iktibar Israk Mikraj, perjuang kemerdekaan Palestin
Perdana Menteri turut menyingkap keistimewaan luar biasa yang diberikan kepada Rasulullah SAW, tatkala Baginda dibawa menembusi langit malam bagi menerima perintah baharu daripada Yang Maha Esa. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam memperingati iktibar peristiwa Israk Mikraj yang malar segar agar masyarakat berwaspada dan berubah.
Dalam perutusan sempena Israk Mikraj, Perdana Menteri menegaskan umat Islam harus mendokong usaha untuk memastikan keadilan ditegakkan, bermula dari dalam diri hingga kepada keadilan masyarakat.
Justeru, beliau sekali lagi berharap agar Palestin mengecapi kemerdekaan, selain mendoakan agar kezaliman dapat ditumpaskan, sekali gus umat terbela.
"Walhasil, umat dituntut agar istiqamah dalam mendirikan solat lima waktu, kasih dan ihsan terhadap fakir miskin serta membenam perilaku dusta dan nafsu serakah. Yang demikian itu syarat bagi melonjakkan kebangkitan dan kemajuan bangsa.
"Ini turut terpakai dalam hal yang menggusarkan kita sekarang terkait pemerasan ke atas rakyat Palestin," katanya dalam kenyataan di laman Facebook pada Rabu.
Dalam perutusan sama, Perdana Menteri turut menyingkap keistimewaan luar biasa yang diberikan kepada Rasulullah SAW, tatkala Baginda dibawa menembusi langit malam bagi menerima perintah baharu daripada Yang Maha Esa.
"Apatah lagi perjalanan itu sebagai mengubat hatinya yang pilu seusai pemergian suri hatinya Khadijah dan bapa saudara Abu Talib," katanya.
Jelas Anwar, perjalanan Israk dan Mikraj menjadi penguat keimanan terhadap kerasulan Baginda, selain mengungkap 1001 iktibar yang dipertontonkan terkait soal akidah dan akhlak bagi seorang hamba.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Israj dan Mikraj
#kemerdekaan Palestin
#luar biasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan