awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 cedera tembakan di sekolah di Turkiye
Menteri kabinet zahir ucapan Hari Vishu, seru hidupkan semangat kejiranan
Bintang muay thai dunia, Rodtang berdepan saman dari ONE Championship
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar akan hadir Sidang Kemuncak Tergempar OIC

Bernama
Bernama
10/11/2023
11:28 MYT
PM Anwar akan hadir Sidang Kemuncak Tergempar OIC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan pada Sabtu (11 Nov) di Riyadh, Arab Saudi. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan pada Sabtu (11 Nov) di Riyadh, Arab Saudi.
Sidang kemuncak itu akan membincangkan serangan, kekejaman dan ketidakberperikemanusiaan rejim Israel yang berterusan ke atas Palestin.
Dihoskan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, sidang kemuncak itu akan turut dihadiri oleh pemimpin dan wakil negara anggota OIC.
"Sidang Kemuncak ini akan didahului dengan dua mesyuarat persediaan iaitu Mesyuarat Persediaan Peringkat Menteri pada 10 November 2023 dan Mesyuarat Persediaan Pegawai-Pegawai Kanan OIC pada 9 November," menurut kenyataan Kementerian Luar.
Sidang kemuncak tergempar itu hasil daripada kerjasama utuh Perdana Menteri bersama beberapa pemimpin OIC.
Semasa sidang kemuncak itu, Perdana Menteri akan menyatakan pendirian tegas Malaysia mengenai usaha segera untuk menamatkan tindakan pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, dengan krisis kemanusiaan masih berlarutan, serta keperluan utama bagi negara anggota OIC dan seluruh masyarakat antarabangsa untuk membantu menangani nasib dan penderitaan rakyat Palestin.
Sidang kemuncak itu dijangka akan menerima pakai satu Dokumen Hasil (Final Communique).
Anwar akan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan pegawai kanan kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sidang Kemuncak Tergempar OIC
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#pertubuhan kerjasama islam
#Riyadh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan