awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar akan kunjungi CIIE 2024 di China, rasmi Pavilion Malaysia - MATRADE

Bernama
Bernama
04/11/2024
04:00 MYT
PM Anwar akan kunjungi CIIE 2024 di China, rasmi Pavilion Malaysia - MATRADE
Mohd Mustafa berkata, MATRADE komited untuk terus memperkasa pengeksport Malaysia di acara perdagangan antarabangsa terkemuka seperti CIIE.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengunjungi Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) Ketujuh, termasuk merasmikan Pavilion Malaysia, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Sejajar dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China, Malaysia diberi penghormatan sebagai 'Country of Honour' di CIIE 2024 yang berlangsung pada 5-10 Nov, 2024, di Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional di Shanghai.
Pavilion Malaysia yang diselaraskan oleh MATRADE, bertujuan meningkatkan eksport produk dan perkhidmatan Malaysia selain menjadi platform bagi syarikat-syarikat Malaysia mendapat pendedahan serta meninjau pertumbuhan di pasaran China.
Pada tahun ini, pavilion berkenaan akan mengetengahkan 16 pempamer Malaysia yang disokong oleh rakan strategik MATRADE - Bank of China (Malaysia) Bhd, Petronas serta Seri Pajam Development Sdn Bhd.
Syarikat Malaysia itu juga adalah sebahagian daripada 3,496 pempamer dari 129 negara pada acara berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, agensi itu komited untuk terus memperkasa pengeksport Malaysia di acara perdagangan antarabangsa terkemuka seperti CIIE.
"Kami yakin penyertaan Malaysia akan menyuntik nilai penting kepada kedua-dua negara selain mewujudkan peluang bagi kerjasama inovasi dan strategik.
"Penglibatan MATRADE di CIIE misalnya, hanya menekankan lagi komitmen kami untuk menjadikan Malaysia sebagai hab penyumberan pilihan global," katanya dalam kenyataan itu.
Antara sektor utama diketengahkan di Pavilion Malaysia adalah elektrik dan elektronik, pertanian, gaya hidup, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), e-dagang, kandungan kreatif, perkhidmatan perniagaan serta logistik.
Syarikat yang menyertai acara itu turut meraih manfaat daripada sokongan MATRADE, termasuk padanan perniagaan, risikan pasaran dan pendedahan media dalam usaha meningkatkan ketampakan jenama selain meluaskan jangkauan pasaran. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#CIIE 2024
#Pavilion Malaysia
#Matrade
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan